Hari Klang Tanpa Kenderaan MPK
10hb Mei- Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Klang Tanpa Kenderaan telah diadakan bersama Pejabat Belia Klang, Centro Mall , Kelab Kebajikan Kerjasama Klang dan Jbtn Dalaman di Pusat Sumber 1-SI MPK . Hari Klang Tanpa Kenderaan dijadualkan pada 21hb Mei sempena pengiktirafan Klang Sebagai Bandar Bahagia 2023.
AKTIVITI Pre - Klang Charity Run , Permainan keluarga, Pameran Agensi, Foodtruck dan lain lain akan disediakan. Program kali Ini juga melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Klang , Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Klang, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Klang , Polis Klang Selatan Polis Daerah Klang Utara , Kolej Komuniti Klang Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz dan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Klang .