BENGKEL PENANDA ARASAN PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Majlis Perbandaran Klang menganjurkan Bengkel Penanda Arasan Pengauditan EKSA yang melibatkan fasilitator dan ketua zon setiap jabatan MPK.
Bengkel yang berlangsung di Ancasa Residences, Port Dickson selama 3 hari bermula daripada 22 hingga 24 Februari 2022 mengumpulkan kesemua fasilitator dan ketua zon bagi menjalani sesi pengumpulan maklumat dan dokumentasi sebagai persediaan audit pensijilan EKSA pertama Majlis Perbandaran Klang yang dijangka dijalankan pada suku pertama tahun ini.
Pihak MPK turut berbesar hati menjemput Ketua Bahagian Audit Dalam, Majlis Bandaraya Shah Alam, Puan Nurul Azurinawati Mohammed Khusrin dan Juruaudit, Encik Muhammad Khairul Izzat Amir Sharifudin bagi sesi perkongsian ilmu mengenai pengalaman MBSA dalam persiapan menjalani audit pensijilan EKSA.
Turut bersama pada bengkel ini, Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Puan Norfiza Mahfiz hadir menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan penceramah.
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini