Bengkel 'Brainstorming' Pengisian Laman Web Baharu Majlis Perbandaran Klang Sempena Penaiktarafan Bandar Raya
23/01/2024- Setiausaha MPK, Tn Zaireezal Ahmad Zainuddin hadir merasmikan Bengkel yang diseliakan oleh Jabatan Teknologi Maklumat.
Pengarah Teknologi Maklumat, Pn. Nor Hasyimah Tamziz telah memberi taklimat pembukaan bagi sesi brainstoming kepada peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan kumpulan pelaksana. Peserta turut diberikan taklimat berikut :
1) "Pengurusan Maklumat Laman Web dalam Perspektif Perundangan" disampaikan oleh Pn. Zulina Yahya, Pengarah Undang-Undang
2) "Tindakan Tata Tertib yang boleh dikenakan bagi pendedahan maklumat tidak sahih" disampaikan oleh Cik Siti Samiha Samion, Ketua Unit Integriti.