AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (DOSH) NEGERI SELANGOR
19hb OKT - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor telah menjalankan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Majlis Perbandaran Klang.
Tujuan pengauditan adalah memastikan Majlis Perbandaran Klang mematuhi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
JKKP Negeri Selangor diketuai oleh Tn. Hj Zulkifly Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Operasi JKKP Selangor hadir bersama 3 orang lagi Pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan, JKKP Selangor iaitu Encik Mohd Khairul Fitri Bin Samsudin, Mohammad Haidzir Bin Zainul Asheikin dan Badhairul Nasham Bin Kasaran.
EN. Azmi Muji mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit.