AKTIVITI PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN DEMAM DENGGI - Jabatan Kesihatan Mpklang
18hb April- Majlis Perbandaran Klang telah mempergiatkan aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Pusat Khidmat Masyarakat DUN, Ahli-Ahli Majlis, agen-agen SUKA dan COMBI Klang.
Aktiviti pencegahan demam denggi yang dijalankan adalah berfokus kepada peningkatan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat Klang dan persediaan mereka sebelum pulang ke kampung masing-masing untuk berhari raya. Di antara aktiviti yang dijalankan sejak bermula bulan Ramadhan adalah :-
1. Program Pondok Panas di kawasan bazar Ramadhan yang terletak di lokaliti wabak dan hotspot demam denggi (pameran, edaran abate dan risalah).
2. Edaran abate dan risalah kepada orang awam.
3. Edaran aerosol kepada orang awam.
4. Pemasangan bunting dan banner pencegahan demam denggi terutama di lokaliti wabak dan hotspot.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini diharapkan dapat mengawal kenaikan kes demam denggi yang berlaku pada masa kini.