Aktiviti Pemeriksaan Fizikal Makanan. #kitajagakita
16hb Oktober- Operasi pemeriksaan fizikal makanan telah dijalankan di Jalan Muhibbah/KU3,Sungai Pinang,Klang.
Tujuan operasi dijalankan adalah untuk memastikan makanan yang dijual adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi standard atau paiwaian Akta Makanan 1983.
Barangan yang disita adalah bungkusan makanan yang kemek, berkarat, rosak dan tamat tarikh luput. Sebayak 22 jenis makanan yang telah disita dengan nilai sitaan sebanyak RM 1390.50.
Satu notis kompaun juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis dibawah UUK 15 Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana tidak menyelenggara premis dalam keadaan baik dan bersih.
Pemantauan ini dijalankan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan.