AKTIVITI MALA "Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia"
21-22hb Disember 2023 - Telah berlangsung Bengkel Pemurnian Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2024 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru. Seramai 14 ahli Jawatankuasa Biro Sukan dan Rekreasi Mala telah hadir dan bengkel telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fahim Rosli selaku Timbalan Pengarah Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Klang merangkap Setiausaha Biro Sukan dan Rekreasi MALA.
Hari kedua- Lawatan Ilmiah Pengurusan Kemudahan Sukan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor oleh Biro Sukan dan Rekreasi Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).