Aduan Premis Besi Buruk Bersebelahan Kediaman ( Jalan Kereta Api Lama)
Isu premis yang menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual barang lusuh telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Aduan Berkarat pada 9 Mei 2023 https://www.facebook.com/100069135184880/posts/547189604262208/?d=w&mibextid=qC1gEa
Premis berkenaan telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Penguatkuasa di bawah kesalahan UUK 3 Pelesenan,Tred Perniagaan Dan Perindustrian MPK 2007 kerana menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual barang lusuh tanpa lesen.
Jabatan Pelesenan turut mengenakan kompaun atas kesalahan beroperasi tanpa lesen dan Jabatan Bangunan juga akan mengeluarkan notis perobohan ke atas sebuah struktur telekomunikasi yang didirikan tanpa kelulusan Majlis di situ.