Aduan Infrastruktur Selesai (Pandamaran Jaya)
24 MAC 2023 : Satu lawatan bersepadu melibatkan jabatan dalaman telah diadakan di Pandamaran Jaya bagi meninjau isu-isu melibatkan Majlis di situ.
Antaranya isu kutipan sampah,jalan rosak,longkang pecah dan masalah pokok serta semak samun dan beberapa permasalahan lain.
13 APRIL 2023 : Beberapa isu infrastruktur telah di bawa ke Mesyuarat Libat Urus Aduan termasuk isu di Pandamaran Jaya melibatkan kerosakan longkang di Jalan 23.
14 APRIL 2023 : Jabatan Kejuruteraan memulakan kerja-kerja membaiki kerosakan longkang di Jalan 23,Pandamaran Jaya
15 APRIL 2023 : Kerja-kerja baikpulih selesai dijalankan.