MENU

Emel Jabatan: osc@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Cik Faridahwati Binti Mohd Salleh
Emel Ketua Jabatan: faridahwati.salleh@mpklang.gov.my

1.0 Pengenalan

1.0 Pengenalan
Penubuhan Pusat Setempat (OSC) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menambahbaik dan memudahcara urusan cadangan pemajuan. Inisiatif ini diumumkan di dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan pada 13 April 2007 yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Unit Pusat Setempat Majlis Perbandaran Klang telah ditubuhkan pada 13 Jun 2007 selaras dengan penubuhannya di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2009, Unit Pusat Setempat telah dinaiktaraf sebagai Jabatan Pusat Setempat dan telah berpindah ke pejabat baharu di Pejabat Cawangan MPK, Jalan Raya Barat, Klang.

Matlamat utama penubuhan Jabatan Pusat Setempat adalah untuk memendekkan norma masa dan mempercepatkan kerja serta menyeragamkan prosedur & proses permohonan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Selain daripada itu, fungsi dan peranan Jabatan Pusat Setempat adalah sebagai perantara kepada pihak pemaju dan perunding dalam menyelaras serta memudahcara proses kelulusan permohonan cadangan pemajuan merangkumi Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kejuruteraan, Pelan Landskap dan pelan-pelan lain yang berkaitan dengan pemajuan secara serentak atau berasingan, sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.

Majlis Perbandaran Klang melalui Jabatan Pusat Setempat, telah menerimapakai dan melaksanakan Model Baru OSC 3.0 yang telah ditambahbaik mulai 16 April 2015 berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PBT : SPBT bil.1/2015 bertarikh 26 Februari 2015). Bermula 1 Januari 2021, semua Prosedur Permohonan Pemajuan di OSC adalah berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT bil 1/2020 bertarikh 13 Februari 2020 (Pelaksanaan Manual 3.0 Plus).

2.0 Objektif

1. Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan pelan-pelan lain berkaitan dengan pemajuan secara serentak;

2. Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses kerja; dan

3. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pembangunan tanah dengan mengambil kira peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

3.0 Fungsi

1. Menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan secara serentak atau berasingan di atas talian dalam sistem OSC Online
2. Menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan yang lengkap secara serentak atau berasingan di kaunter OSC.
3. Mendaftar permohonan cadangan pemajuan dalam Portal OSC, KPKT
4. Mengedar permohonan cadangan pemajuan secara online kepada Jabatan – Jabatan Teknikal yang berkaitan.
5. Menyediakan bil fi proses/ cagaran permohonan cadangan pemajuan.
6. Mengurusetiakan dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan.
7. Mengurusetiakan mesyuarat Pra-JKOSC.
8. Mengemaskini setiap permohonan cadangan pemajuan dalam Portal OSC, KPKT dan SPID (DPMS).
9. Menerima, menyemak dan mengedar Notifikasi Borang B Mula Kerja Bangunan/Kerja Tanah dan
10. Menerima, menyemak dan mengedar dokumen Borang G1-G21 dan Borang F (pendepositan CCC).
11. Memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan prosedur permohonan cadangan pemajuan.

Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut.
Terdapat empat (4) unit utama dalam Jabatan Pusat Setempat (OSC) iaitu :

1.1 Unit Pelan Kebenaran Merancang

1.1.1 Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
1.1.2 Menerima dan menyemak dokumen bagi permohonan-permohonan berikut:

  • Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
  • Permohonan kebenaran merancang pelan pembangunan secara serentak atau berasingan.
  • Permohonan kebenaran merancang taska/taski/pusat jagaan.
  • Permohonan kebenaran merancang papan iklan.

1.1.3 Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantauan OSC.
1.1.4 Mengeluarkan surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
1.1.5 Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Perancang Bandar MPK untuk memproses permohonan.
1.1.6 Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan pandangan.
1.1.7 Memantau dan menyelaras ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
1.1.8 Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan Perancang Bandar MPK.
1.1.9 Merekod dan mengemaskini status permohonan kebenaran merancang di dalam Portal OSC,
KPKT dan SPID (DPMS).

1.2 Unit Pelan Infra dan Kejuruteraan

1.2.1 Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
1.2.2 Menerima dan menyemak dokumen bagi permohonan permohonan pelan jalan dan perparitan,
pelan lampu jalan dan pelan kerja tanah.
1.2.3 Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantau OSC.
1.2.4 Mengeluarkan surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
1.2.5 Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Kejuruteraan MPK untuk memproses permohonan.
1.2.6 Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan
pandangan.
1.2.7 Memantau dan menyelaras ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya
dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
1.2.8 Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan
Kejuruteraan MPK.
1.2.9 Merekod dan mengemaskini status permohonan pelan kejuruteraan, pelan bangunan, CCC dan
landskap di dalam Portal OSC, KPKT dan SPID (DPMS).

1.3 Unit Pelan Bangunan dan Landskap

1.3.1 Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
1.3.2 Menerima dan menyemak dokumen bagi permohonan permohonan pelan bangunan dan pelan
landskap serta CCC.
1.3.3 Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantau OSC.
1.3.4 Mengeluarkan surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
1.3.5 Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Kejuruteraan MPK untuk memproses permohonan.
1.3.6 Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan
pandangan.
1.3.7 Memantau dan menyelaras ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya
dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
1.3.8 Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan
Kejuruteraan MPK.
1.3.9 Merekod dan mengemaskini status permohonan pelan kejuruteraan, pelan bangunan, CCC dan
landskap di dalam Portal OSC, KPKT dan SPID (DPMS).

1.4 Unit Pentadbiran Am

1.4.1 Mengurus surat menyurat Jabatan.
1.4.2 Mengurus tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa kakitangan
1.4.3 Mengurus dan mengemaskini rekod-rekod cuti kakitangan.
1.4.4 Mengurus perbekalan alat-alat tulis jabatan.
1.4.5 Merekod semua permohonan cadangan pemajuan di dalam Portal OSC, KPKT dan SPID (DPMS).
1.4.6 Mengurus penghantaran permohonan cadangan pemajuan kepada agensi-agensi dalaman dan luaran yang berkaitan.
1.4.7 Menyediakan folder Mesyuarat JKOSC dan Pra OSC untuk dibentangkan di Mesyuarat JKOSC dan dimaklumkan dalam Majlis Penuh MPK.
1.4.8 Menyediakan laporan-laporan berikut;

  • Laporan Kedatangan Pegawai dan Kakitangan Jabatan
  • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan
  • Laporan Pembayaran Elaun Mesyuarat JKOSC
  • Laporan Bajet / Kewangan Jabatan

3.1 Aktiviti Jabatan

1. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
2. Mesyuarat Pra OSC
3. Mesyuarat Pengurusan OSC Dalaman
4. Perbincangan Dalaman (MS ISO, Aset, Audit)
5. Program berkaitan Manual 3.0 Plus dan Sistem OSC Online

a. Mesyuarat
b. Sesi Perkongsian Ilmu
c. Sesi Taklimat
d. Sesi Teach in.

6. Aktiviti Komuniti

a. Penyertaan dalam aktiviti MPK
b. Program Kitar Semula
c. Program Hari Kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan
d. Sambutan Hari Raya Aidilfitri, MPK

7. Lawatan

a. Audit MS ISO 9001:2015
b. Audit Aset Jabatan
8. Penyertaan dalam Kursus Anjuran KPKT/ Negeri/ MPKlang.
 

4.0 Piagam Pelanggan

  1. Mengeluarkan keputusan bagi permohonan pelan pembangunan dalam tempoh berikut selepas penerimaan permohonan:
  • Permohonan Serentak Kebenaran Merancang (Kecil) – Minimum 42 hari Maksimum 98 hari
  • Permohonan Serentak Kebenaran Merancang (Sederhana) – Minimum 57 hari Maksimum 99 hari
  • Permohonan Serentak Kebenaran Merancang (Besar A) – Maksimum 300 hari
  • Permohonan Serentak Kebenaran Merancang (Besar B) – Minimum 73 hari Maksimum 115 hari
  • Permohonan Serentak Pelan Bangunan & Infra – Minimum 50 hari Maksimum 99 hari
  • Pelan Kebenaran Merancang Kecil – Minimum 42 hari Maksimum 98 hari
  • Pelan Kebenaran Merancang Sederhana – Minimum 57 hari Maksimum 99 hari
  • Pelan Kebenaran Merancang Besar A – Maksimum 300 hari
  • Pelan Kebenaran Merancang Besar B – Minimum 73 hari Maksimum 115 hari
  • Pelan Bangunan – Minimum 50 hari Maksimum 92 hari
  • Pelan Kerja Tanah – Minimum 50 hari Maksimum 92 hari
  • Pelan Jalan dan Parit – Minimum 50 hari Maksimum 92 hari
  • Pelan Lampu Jalan – Maksimum 33 hari
  • Pelan Landskap – Minimum 42 hari Maksimum 86 hari
  • Pelan Permit Sementara – Maksimum 33 hari
  • Pelan Permit (Kerja Ubah Suai Kecil) – Maksimum 33 hari
  • Pelan Penamaan Taman/ Jalan/ Bangunan – Maksimum 33 hari
  • Kelulusan Am – Maksimum 50 hari
  1. Mengedarkan permohonan pelan pembangunan ke Jabatan/agensi teknikal dalam tempoh 2 hari bekerja
  2. Mengedarkan surat makluman keputusan permohonan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat
  3. Mengedarkan Minit Mesyuarat JKOSC kepada ahli jawatankuasa dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat
  4. Mengurusetiakan Mesyuarat JKOSC sebanyak 24 kali
  5. Mengemaskini permohonan dalam Portal OSC dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh terimaan

​5.0 Carta Organisasi 

6.0 Direktori Kakitangan

Tarikh kemaskini : 6 September 2021

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 November 2021 - 10:22am