MENU

Emel Jabatan: penilaian@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Puan Sr. Hazliza Binti Md Salleh
Emel Ketua Jabatan: hazliza.salleh@mpklang.gov.my

 

1.0 Pengenalan Jabatan

Jabatan Penilaian Majlis Perbandaran Klang telah diwujudkan pada 1 September 2020, (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Penilaian Dan Pengurusan Harta sejak tahun 1961 dan telah dinaik taraf kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta pada tahun 1984). 

Jabatan Penilaian merupakan salah satu jabatan yang penting di dalam aspek menjana pendapatan untuk Majlis. Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan Penilaian bagi penyediaan Senarai Nilaian, Penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK) dan Penilaian Caj Pemajuan (CP). Harta yang dinilai adalah meliputi harta persendirian, harta Kerajaa dan Agensi/Badan Berkanun. 

Terdapat 6 unit di Jabatan Penilaian iaitu:

  1. Unit Pentadbiran 
  2. Unit Harta Khas, Sumbangan Membantu Kadar (SMK), Bantahan, OKU dan GIS
  3. Unit Penilaian Kawasan Utara 
  4. Unit Penilaian Kawasan Selatan
  5. Unit Penilaian Semula
  6. Unit Caj Pemajuan, Maklumat, Pemulangan Balik Cukai Taksiran (REMISI) dan Sistem e-Penilaian

Jabatan Penilaian keseluruhannya terdiri daripada 75 orang Pegawai dan kakitangan. 

2.0 Objektif Jabatan

  1. Menilai semua harta dalam kawasan pentadbiran Majlis untuk menambahkan sumber hasil utama Majlis daripada Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). 
  2. Menjalankan penilaian Caj Pemajuan ke atas pemaju/pemilik tanah yang membangunkan tanahnya apabila terdapat kenaikan nilai tanah. 
  3. Mempertingkatkan produktiviti jabatan dengan berusaha memperbaiki dan memodenkan sistem dan tatacara pentadbiran jabatam. 

3.0 Fungsi Jabatan

1. Unit Pentadbiran

  • Menerima, merekod dan pengagihan maklumat-maklumat/dokumen untuk tujuan penilaian seperti CFO, CCC dan Laporan Cadangan Pemajuan. 
  • Memproses Borabg Pindahmilik (Borang I / J).
  • Mengemaskini Senarai Penilaian.
  • Semakan, penyediaan data dan cetakan untuk Agensi Kerajaan dan lain-lain
  • Memantau dan memantapkan program peningkatan Kualiti dan Inovasi seperti KIK, ISO 9001-2008, KPI, QE (5S), Star Rating dan lain-lain.
  • Merekodkan dan mengkelaskan fail
  • Mengasingkan fail-fail untuk dilupuskan berdasarkan penjadualan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara. 
     

2. Unit Harta Khas, Sumbangan Membantu Kadar (SMK), Bantahan, OKU dan GIS

  • Penilaian Harta Khas berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK) bagi harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi/Badan Berkanun berdasarkan peruntukan Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan. 
  • Pengurusan Bantahan Penilaian berdasarkan peruntukan Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Memproses permohonan Pengurangan Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan arahan MMKN Bilangan 11/2013. 
  • Penyelarasan Sistem Geografic Information System (GIS) berdasarkan Pelan Perkadaran. 
     

3. Unit Penilaian Kawasan Utara Dan Kawasan Selatan

  • Melulus dan menetapkan Prosedur Pengurusan Penyediaan Senarai Nilaian dibuat bagi pengenaan Cukai Taksiran berdasarkan penerimaan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO), Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC), tambahan /ubahsuai bangunan, aduan dan pemantauan dilaksanakan berdasarkan Akta Kerajaan Tempata 1976 (Akta 171).
  • Memastikan semua harta diperiksa serta dinilai untuk dikuatkuasakan bagi tujuan Penyediaan Senarai Nilaian (Bahagian 15, Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan1976). 
  • Membantu Unit Tindakan Cukai Taksiran 'Task Force' Jabatan Kewangan menyelesaikan isu berkaitan dengan Tunggakan Cukai Taksiran. 
  • Memproses permohonan Pengesahan Maklumat Harta. 
  • Menyelaras carian rasmi di Pejabat Daerah/ Tanah Klang/ Pengarah Tanah & Galian (PTG) dan seumpamanya bagi pelbagai maksud. 
  • Menghadiri perbicaraan mahkamah berkaitan kes penilaian. 

4. Unit Penilaian Semula

  • Mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk Penilaian Semula. 
  • Menjalankan Eksesais Penilaian Semula.
  • Menguatkuasakan Senarai Penilaian Baru. 

5. Unit Caj Pemajuan, Maklumat, Pemulangan Balik Cukai Taksiran (REMISI) dan Sistem

  • Penilaian Caj Pemajuan berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan kaedah-kaedah Caj Pemajuan 2010. 
  • Pemulangan Balik Cukai Taksiran (REMISI) berdasarkan peruntukan Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Permohonan Maklumat Harta. 
  • Penyelarasan Sistem e-Penilaian. 

Akta-Akta Yang Digunapakai

  • Perlembagaan Persekutuan 
  • Kanun Tanah Negara 1965
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
    - Bhg XV - Kadar dan Nilaian
  • Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
  • Akta Bangunan dan Harta Bersama
    (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
  • Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (Akta 172)
  • Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
  • Pekeliling-Pekeliling Kerajaan yang berkaitan
     

4.0 Piagam Pelanggan Jabatan

  1. Penilaian ke atas harta-harta yang telah ditukar syarat, dipecah sempadan, dikeluarkan hakmilik baru atau dikeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF)/ SIjil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) akan dibuat dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima. 
  2. Permohonan Maklumat Harta disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap/memenuhi syarat. 
  3. Rayuan /Bantahan Penilaian dalam tempoh yang dibenarkan, dijawab/diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat rayuan/bantahan diterima.
  4. Permohonan Remisi dijawab/diberikan maklumbalas dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 
     

5.0 Carta Organisasi

6.0 Direktori Kakitangan

Tarikh kemaskini : 16 Ogos 2021

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 November 2021 - 10:22am