MENU

Emel Jabatan: bangunan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Ahmad Khairi Bin Md. Yusof
Emel Ketua Jabatan: ahmad.khairi@mpklang.gov.my

1.0   Latar Belakang

Jabatan Bangunan adalah di antara jabatan yang mempunyai fungsi tersendiri di Majlis, kerana berperanan mengawal segala pembinaan bangunan dari meluluskan pelan bangunan sehingga kepada pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki atau proses pengeluaran ‘Certificate of Completion and Compliance' oleh pihak perunding projek. Selain dari itu, jabatan juga bertanggungjawab dalam mengawal pembinaan struktur tanpa izin, meluluskan permit Lesen Bangunan Sementara dan menyediakan pelan-pelan rekabentuk bangunan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Majlis.

Jabatan, secara tidak langsung, menjana pendapatan kepada Majlis dari hasil kutipan bayaran proses yang diterima.Hasil dari kutipan ini Majlis dapat memberikan sebahagian perkhidmatan perbandaran kepada warga Klang.

Jabatan Bangunan beroperasi dari pejabat Majlis di Jalan Raya Barat dengan kekuatan kakitangan teknikal dan sokongan seramai lebih dari 60 orang.

Visi jabatan

"Peneraju Penyampaian Perkhidmatan Berteknologi Untuk Kawalan Pembangunan Kearah Bandaraya Terbilang Menjelang 2015"
 

Misi Jabatan

  • "Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Kawalan Bangunan Kepada Pelanggan Secara Digital".
  • "Memperkasakan Kawalan Penguatkuasaan Pembangunan Menggunakan Sistem dan Peralatan Elektronik Berteraskan Kepada Perundangan".
  • "Membangunakan Sistem Teknologi Maklumat Dalam Semua Fungsi Jabatan Untuk Kepuasan Pelanggan".
  • "Membudayakan Cara Kerja Berteraskan Cara Kerja Berteknologi Tinggi Untuk Mencapai Sasaran Piagam Pelanggan Jabatan".
     

2.0   Objektif Jabatan

  • Memastikan semua jenis pembinaan bangunan baru atau ubahsuaian bangunan sediada dilaksanakan mengikut peruntukan akta, undang-undang dan polisi berkaitan.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap bangunan baru dan ubahsuaian yang dibina tanpa sebarang kebenaran bertulis dari Majlis  seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Mempertingkatkan kualiti kerja dengan penggunaan sistem teknologi maklumat terkini didalam pengurusan dan pemerosesan permohonan pelan serta pentabiran jabatan.
  • Menyampaikan perkhidmatan yang bermutu secara menyeluruh kepada pelanggan dengan penambahbaikan prosedur kerja yang berterusan.
     

3.0   Piagam Pelanggan

Memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang lancar, cekap dan efisyen dan berkualiti dalam semua proses permohonan berkaitan:-

  • Keputusan permohonan pembangunan baru akan diputuskan dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk projek yang mempunyai Kebenaran Merancang.
  • Keputusan permohonan pembangunan baru secara serentak diputuskan enam puluh tujuh (67) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan permohononan kerja-kerja pengubahsuaian dan tambahan diproses dan diputuskan dalam tempoh satu (1) hari bagi kediaman dan tujuh (7) hari bagi bukan kediaman.
  • Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF), di keluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh borang E diterima.
  • Segala tindakan susulan bagi aduan yang diterima dari sistem I-Respons diberi maklumbalas kepada Jabatan Komunikasi dan Perhubungan Awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh aduan diterima.
  • Penguatkuasaan bangunan tanpa izin dijalankan mengikut peruntukan undang-undang secara pemantauan kawasan dan tindakan perundangan.
  • Menghasilkan rekabentuk senibina mengikut keperluan pengguna dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan, senibina terkini, keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) dan faktor persekitaran.
     

Bahagian - Bahagian Utama Jabatan

Jabatan Bangunan terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu:-

  • Bahagian Kawalan Pembangunan Baru
  • Bahagian Kawalan Kerja Ubahsuaian
  • Bahagian Penguatkuasaan Pembangunan
  • Bahagian Rekabentuk Dan Permit Struktur Sementara
  • Bahagian Pembangunan Sistem Maklumat Dan Data
  • Bahagian Pentadbiran Am
     

4.0   Fungsi Jabatan

        4.1  Bahagian Kawalan Pembangunan Baru

  • Memproses permohonan pelan bangunan bagi permohonan baru
  • Memproses penerimaan borang F untuk CCC dan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF).
  • Menyediakan ulasan teknikal untuk kelulusan Kebenaran Merancang.
  • Membuat lawatan tapak secara berkala selepas pelan bangunan diluluskan (CCC).
  • Membuat lawatan bagi bangunan yang melebihi 5 tingkat berusia lebih dari 10 tahun.
  • Memantau dan menyelaras rekod projek terbengkalai di dalam kawasan Majlis.

        4.2  Kawalan Kerja Ubahsuaian

  • Memproses permohonan pelan ubahsuaian samada melalui perunding atau melalui buku pelan setara.
  • Memproses pengeluaran Perakuan Siap Kerja untuk ubahsuaian bangunan.
  • Membuat lawatan tapak secara berkala selepas pelan ubahsuai diluluskan.
  • Menyemak dan meyelaraskan sokongan jabatan untuk proses pengeluaran lesen perniagaan.

        4.3  Penguatkuasaan Pembangunan

  • Menjalankan lawatan pemantauan penguatkuasaan mengikut kawasan secara berjadual.
  • Mengeluarkan Notis bagi kesalahan berkaitan kerja-kerja bangunan dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta133)
  • Mengeluarkan kompaun bagi kesalahan-kesalahan berkaitan kawalan pembangunan seperti yang diperuntukkan dibawah Undang-Undang Kecil Kompoun.
  • Menyediakan kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan di mahkamah.
  • Mengadakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan susulan keatas aduan-aduan awam mengenai pembinaan dan struktur tanpa izin.

        4.4  Rekabentuk Dan Permit Struktur Sementara

  • Menzahirkan cadangan rekabentuk senibina kemudahan awam didalam kawasan majlis.
  • Menyelaras mesyuarat cadangan rekabentuk bersama jabatan berkaitan.
  • Mengurus penyediaan tender dan dokumen kontrak untuk projek-projek Majlis.
  • Menyelaras dan mengurus pelaksanaan kerja-kerja pembinaan ditapak.
  • Membuat lawatan dan penyelenggaraan secara berkala bagi bangunan Majlis.
  • Memproses permohonan bangunan sementara, struktur papan Iklan (billboard) dan struktur telekomunikasi.
  • Memproses permohonan permit kerja kecil seperti permit memasang Khemah.

        4.5  Pembangunan Sistem Maklumat Dan Data

  • Memantau, mengemaskini dan menyelenggara sistem maklumat jabatan.
  • Menyediakan rekod dan data berkaitan Jabatan.
  • Merekodkan data dan mengemaskini maklumat ke sistem GIS Majlis.
  • Menjalankan kerja imbasan pelan, dokumen dan rekod ke sistem maklumat jabatan.
  • Menyelaras maklumat umum jabatan untuk diedarkan kepada orang awam melalui laman web dan lain-lain saluran.
  • Pengurusan program ISO.
  • Program Kualiti Jabatan Seperti KIK, Penganugerahan 5S, APPC dan Star Rating.
  • Pengurusan Program Kajian dan Pembangunan (R&D).
  • Penyelarasan dan urusan pelanggan di kaunter termasuk menetapkan temujanji untuk perbincangan teknikal.

         4.6  Pentadbiran Am

  • Menyelaras dan memantau pergerakan fail dari sistem rekod stor jabatan.
  • Menyelaras dan merekod keperluan latihan dan kursus kakitangan bagi keupayaan prestasi kakitangan.
  • Menyelaras pengurusan harian jabatan termasuk rekod-rekod penerimaan permohonan, surat-surat, cuti kakitangan dan lain-lain berkaitan.
  • Menyelaras urusan berkaitan perjalanan mesyuarat teknikal dan yang berkaitan.
     

5.0   Carta Organisasi Jabatan

 

6.0  Direktori Kakitangan

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 November 2021 - 10:22am