MENU

 

Makluman Penswastaan Kolam Renang MBDK

Majlis telah melantik syarikat D Swim Academy Sdn Bhd (DSA) bagi mengendalikan Operasi Kolam Renang MBDK selama 15 tahun mulai 1/7/2022 sehingga 30/6/2037.

Majlis meluluskan operasi pengendalian diberikan kepada syarikat DSA bagi memberikan kemudahan yang lebih baik dengan fasiliti lengkap serta terkini kepada warga Klang.

Syarikat ini mempunyai pengalaman yang luas serta kepakaran dalam menyelenggara, menjaga serta menguruskan kolam renang.

Kadar bayaran tiket masuk yang akan dikenakan kelak adalah munasabah sesuai dengan fasiliti yang diberikan

Status terkini, pihak syarikat dalam proses membuat kerja-kerja pengubahsuaian dan dijangka kolam renang akan mula dibuka kepada warga Klang mulai September 2024.

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBDK

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am