Encik Zaireezal bin Ahmad Zainuddin
Setiausaha / Timbalan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Klang
Ketua Pegawai Maklumat (CIO) / Ketua Pegawai Digital (CDO)
Peranan dan tanggungjawab CIO/CDO adalah seperti berikut:
1. Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;
2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
3. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital dikementeriam/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
5. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
- Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
(EA) agensi tersedia; dan - Memastikan blueprint Enterprise Architecture
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.