HARI TERAKHIR KARNIVAL BANDARAYA DIRAJA KLANG
Datuk Bandar Klang, Datin Paduka TPr. Noraini Roslan menyampaikan ucapan penutup petang tadi.Karnival Bandaraya Diraja Klang berakhir dengan meriah dibanjiri peminat Dato' Jamal Abdillah, Suki Low , Santesh. Majlis disambut dengan persembahan silat, tarian cina , tarian singa dan tarian India.
Setelah tiga hari berada di sini menerusi karnival yang diadakan, pelbagai aktiviti dan pengisian yang telah dijalankan. Hari ini adalah merupakan hari kemuncak dan diharap apa yang telah diusahakan dengan pengorbanan dan peranan serta khidmat dari semua pihak dapat kita jadikan sebagai buah mulut dan perkongsian indah bersama komuniti penduduk di daerah Klang.
Jalinan kerjasama erat dan keringat yang dicurahkan oleh semua pihak dalam menjayakan Karnival ini boleh dijadikan sebagai satu simbolik perpaduan dan kekitaan oleh semua komuniti daerah Klang dalam usaha menjadikan Klang sebagai sebuah Bandaraya idaman yang aman, harmoni dan berdaya mampan.
Karnival Bandaraya Diraja Klang merangkumi tiga bentuk pengisian yang merangkumi aspek kerohanian, kekeluargaan Semoga jalinan Kerjasama yang terjalin pada hari ini dapat dieratkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang untuk kita bersama-sama berganding bahu membangunkan dan memajukan Bandaraya Diraja Klang yang dicintai.
Sumber : FB Majlis Bandaraya Diraja Klang
Sila klik pautan di sini