Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang
01hb DEC - Kejohanan Bola Jaring Piala Dato’ Orang Besar Daerah Klang telah berlangsung selama dua hari di Forum Setia Badminton Court, Setia Alam, Shah Alam. Kejohanan ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan Majlis Sukan Daerah Klang.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang Orang Besar Daerah Klang, Y.A.D Dato’ Setia Hj. Mohammed Khusrin bin Hj. Munawi. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohamad Shariff bin Abdullah Naib Yang Dipertua Persatuan Bola Jaring Selangor, Encik Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid dan Encik Ahmad Khalifi bin Ahmad wakil Pejabat Pendidikan daerah Klang.
Kejohanan edisi pertama ini telah mengumpulkan penyertaan sebanyak 17 pasukan dari dalam daerah Klang, 14 pasukan dari luar daerah Klang dan 4 pasukan dari luar negeri Selangor dengan jumlah penyertaan sebanyak 35 pasukan. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.