Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Majlis Perbandaran Klang Bil. 1 Tahun 2023
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan Zaireezal Ahmad Zainuddin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kandungan Laman Web Majlis Perbandaran Klang Bil. 1 tahun 2023 secara hibrid di Bilik Mesyuarat Raja Sulaiman dan secara atas talian.
Mesyuarat pada hari ini bersidang bagi membincangkan pembangunan laman web baru sempena penaiktarafan MPK kepada status bandar raya pada 23 November 2023 yang lalu.
Pembangunan laman web melibatkan semua jabatan dalaman MPK bagi mendapatkan input yang lengkap dan berkualiti bagi membangunkan laman web yang penuh dengan informasi yang boleh dirujuk oleh orang awam.
Pada mesyuarat ini juga memperkenalkan lantikan ahli jawatankuasa laman web yang baru bagi tahun 2023/2024.