Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF)
1 Disember 2023 ~
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Pada majlis ini, Baginda berkenan menyampaikan plak penghargaan kepada lapan wakil program Selangor International Fellowship daripada Malaysia, Australia, Turkiye, Filipina, Azerbaijan, Indonesia, Korea Selatan dan Nepal.
Baginda kemudian meluangkan masa lebih sejam untuk mengunjungi reruai jualan buku dan turut membeli beberapa naskhah buku untuk bacaan peribadi Baginda.
SIBF 2023 akan berlangsung sehingga 10 Disember 2023, dibuka kepada umum dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.
SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.
Majlis Perbandaran Klang dijemput menghadiri Pesta Buku SIBF 2023.