Program Gotong Royong Basmi Denggi Bersama Penduduk Kondominium BBK, Klang
02hb DEC- Telah berlangsung program gotong-royong membenteras demam denggi bersama penduduk di Kondominium BBK, Klang pagi tadi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan JMB Kondominium BBK.
Di antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Pencegahan Denggi, pameran kesedaran Denggi, pemberian abate, aerosol dan repelllen dan gotong-royong pembersihan kawasan serta pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Turut hadir bersama ialah Encik Low Kwee Sia 刘贵城 , Ahli Majlis N45A, Majlis Perbandaran Klang.