Lawatan Ilmiah MPK
Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Klang telah membuat lawatan ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada 3 November 2023.
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) merupakan pusat kecemerlangan sejarah, warisan, seni dan budaya negeri Johor selain berperanan sebagai pusat utama dalam mempamer dan menyebarkan keunikan budaya Johor bagi memberi maklumat kepada masyarakat.
KWSAB turut menawarkan aktiviti menarik untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk Rumah Limas Johor, Galeri Seni Johor dan Galeri Tenun Johor. Selain itu, kami juga berpeluang belajar asas tarian zapin yang mana tarian tersebut merupakan tarian tradisional bagi rakyat Johor..