Karnival Keusahawanan SK Sungai Serdang, Tahun 2023
09hb DIS - Karnival Keusahawanan 2023 anjuran Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang telah berlangsung pada 09 Disember 2023 bertempat di Dewan/Dataran Seri Serdang.
Majlis Perbandaran Klang melalui Jabatan Kesihatan telah dijemput bersama-sama menyertai karnival tersebut dengan mengadakan pameran kesedaran demam denggi.
Kehadiran orang ramai di karnival tersebut mencatatkan anggaran melebihi 400 orang.