MENU

 

Datin Paduka Noraini Roslan menerima surat pelantikan sebagai datuk bandar Klang daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 2 Januari 2024. Foto Facebook Pejabat SUK

SHAH ALAM, 2 JAN: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai datuk bandar pihak berkuasa tempatan itu berkuat kuasa hari ini.

Menerui Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, penyerahan surat pelantikan dan amanat itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” maklumnya menerusi Facebook.

Untuk rekod, Noraini pernah berkhidmat sebagai datuk bandar di Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Beliau juga pernah menyandang jawatan yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor yang kini berstatus perbandaran dari 2011 hingga 2017.

Pemegang Sarjana Perancangan Wilayah dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat juga pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan perancangan bandar di MPK dari 1989 hingga 2010 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dari 2010 hingga 2011.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am