MENU

 

PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN, INDUSTRI DAN IKLAN TAHUN 2024

  • Sebagai makluman, pembaharuan Lesen Perniagaan, Industri dan Iklan Tahun 2024 boleh dibuat mulai sehingga 31 Disember 2023.
  • Bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen dengan tidak perlu ke kaunter MPK, orang awam juga boleh memperbaharui lesen tahun 2024 dengan membuat semakan dan pembayaran lesen secara atas talian melalui laman sesawang ilesen.mpklang.gov.my.
  • Walau bagaimanapun, bukan semua pembaharuan lesen boleh dilaksanakan secara atas talian. Bagi pembaharuan lesen untuk Lesen Sementara Perniagaan dan Industri, Lesen Perniagaan Pemutihan, Lesen Perniagaan Berisiko, Lesen Hiburan serta Lesen Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) hanya boleh dibuat di kaunter Majlis.
  • Majlis juga ingin mengingatkan kepada mereka yang ingin memperbaharui lesen agar tidak membuat membuat pembaharuan lesen pada saat-saat akhir bagi mengelakkan didenda iaitu selepas tarikh akhir (31 Disember 2023)

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am