MENU

 

alt=''Simbolik jemputan tahun melawat Melaka, 12 pokok Melaka ditanam setiap PBT di Selangor''Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datin Paduka Noraini Roslan bersama Datuk Bandar Melaka Datuk Shadan Othman menanam dan menyiram Pokok Melaka pada Majlis Menanam Pokok Melaka sempena Konvoi Jemputan Tahun Melawat Melaka 2024 di Dragonfly Park, Bandar Bukit Raja pada 12 Disember 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI

KLANG, 12 DIS : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menyerah pokok Melaka kepada setiap 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sebagai simbolik jemputan tahun melawat Melaka 2024.

Datuk Bandar Melaka Datuk Shadan Othman berkata program menanam pokok itu sebagai tanda persahabatan di antara PBT kedua-dua negeri selain untuk mempromosi sektor pelancongan.

“Sebanyak 150 PBT di seluruh semenanjung Malaysia menerima pokok Melaka itu sebagai simbolik menjemput ke negeri bersejarah itu tahun depan.

“Kita mempelawa semua PBT termasuk orang awam untuk menginap lebih dua hari di lebih 200 hotel terpilih di Melaka, dan anda berpeluang mendapat cabutan bertuah hadiah kereta setiap tiga bulan.

“Konvoi jemputan ini bermula di Majlis Perbandaran Manjung, Perak diikuti beberapa negeri sebelum ini antaranya Kedah, Kelantan, Pulau Pinang. Konvoi berakhir esok di Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Menanam Pokok Melaka sempena Konvoi Jemputan Tahun Melawat Melaka 2024 di Dragonfly Park, Bandar Bukit Raja di sini hari ini.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datin Paduka Noraini Roslan berkata pihaknya menyambut baik penyerahan pokok Melaka sebagai simbolik kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

“Kita menyambut baik dengan serahan pokok ini kepada semua PBT di Selangor  dan berharap ia dapat merapatkan ukhwah antara semua PBT di kedua-dua negeri.

“Selain itu, terima kasih juga kepada pihak swasta Veritas Design Group yang telah menyumbang 100 pokok pelbagai jenis pada program sama hari ini untuk ditanam di sekitar Bandar Bukit Raja sebagai langlah mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am