MENU

 

alt="MPK rangkul dua anugerah"

SHAH ALAM, 1 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima anugerah atas kejayaan melengkapkan pelan hala tuju Matlamat Pembangunan Mampan sempena Forum Bandar Malaysia di Kuching, bulan lalu.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan menjelaskan anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengiktiraf kemajuan MPK terhadap inisiatif berkenaan.

“Penyediaan laporan SDG bagi mengukur pelaksanaan dan tindakan MPK dalam menterjemah agenda global untuk mengatasi isu tempatan dan menyelaraskan dasar tempatan, negeri dan kebangsaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak berkuasa tempatan terbabit turut menerima anugerah pelaksana awal bandar pintar oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya.

Jelasnya, MPK juga menerima dana khas inisiatif bandar pintar KPKT sebanyak RM200,000.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am