MENU

 

alt="Projek ECRL lalui Klang libat empat blok Rancangan Tempatan"Khidmat ECRL akan menghubungkan negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan Lembah Klang. Foto Facebook ECRL

KLANG, 1 NOV: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 21.05 kilometer (km) akan melalui Klang melibatkan empat blok Rancangan Tempatan (RT).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata blok terbabit ialah laluan Kapar Meru, Klang Utama, Sementa dan Sungai Klang.

“Terdapat dua stesen penumpang iaitu Stesen Kapar dan Stesen Jalan Kastam dan kajian pengubahan guna tanah melibatkan 1.5km kiri dan kanan sepanjang jajaran.


alt="Projek ECRL lalui Klang libat empat blok Rancangan Tempatan"
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan


“Manakala, pengubahan yang melibatkan cadangan jajaran projek ECRL telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri merujuk keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 39/2021 pada 17 November 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPK 2035 (Pengubahan 1) di ibu pejabat MPK di sini semalam.

Noraini menambah antara tujuan pengubahan RT adalah bagi mengatasi masalah bencana banjir dan sejajar dengan penaiktarafan MPK kepada status bandaraya.

Selain menguar-uarkan kepada umum, Noraini berkata program yang diadakan pada 18 Oktober hingga 16 November bertujuan mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak mengenai draf RT.

Beliau menjelaskan semakan bagi laporan draf rancangan tempatan MPK 2035 boleh dilihat di lobi utama MPK, Lobi PLANMalaysia Selangor, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan portal MPK.

“Sebarang pandangan, cadangan dan bantahan boleh dikemukakan terus kepada pihak MPK melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebelum atau pada 16 November ini.”

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am