MENU

 


Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) menampal notis penutupan di salah sebuah premis makanan kotor di Jalan Aman Perdana 10C/KU5 Taman Aman Perdana, Klang pada 11 Oktober 2023. Foto Facebook MPK 

SHAH ALAM, 12 OKT: Enam premis makanan sekitar Jalan Aman Perdana 10C/KU5, Taman Aman Perdana, Klang diarah tutup selama 14 hari mulai semalam berikutan keadaan yang kotor.

Pengarah komunikasi korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata kesemua premis mendapat markah bawah 50 peratus dan tidak layak mendapat penarafan gred berdasarkan pemeriksaan.

“Justeru, kita mengarahkan semua premis ini ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan, sekali gus memastikan makanan yang dijual selamat untuk dimakan oleh orang awam,” kata Norfiza Mahfiz.

Tindakan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 62 (1) b Establismen Makanan MPK 2007.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai peka dengan kebersihan premis yang dikunjungi selain menggesa pengusaha cakna keadaan sekeliling.

“MPK tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kebersihan kerana melibatkan nyawa orang ramai dan pengusaha perlu ambil serius dengan kebersihan kedai mereka,” katanya.

 

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am