MENU

Fokus utama operasi adalah kepada warga Bangladesh, Rohingya dan Pakistan yang menjalankan perniagaan di lokasi tersebut.

KLANG - Sembilan premis perniagaan termasuk yang menjalankan aktiviti nombor ramalan di Pangsapuri Golden Villa, Taman Sentosa, di sini disita serta dikompaun dalam operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Lapan tindakan sitaan dan dua kompaun diambil MPK dalam operasi kali ini.

MPK dalam satu kenyataan memaklumkan fokus utama operasi berkenaan adalah kepada warga Bangladesh, Rohingya dan Pakistan yang menjalankan perniagaan di lokasi tersebut.

"Hasil pemeriksaan terdapat 10 premis menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan di situ iaitu aktiviti nombor ramalan (1), kedai runcit (4), kedai makan (4), kedai gunting rambut (1) dan kedai jahit pakaian (1).

"Sembilan perniagaan beroperasi tanpa lesen perniagaan daripada pihak berkuasa melesen manakala sebuah premis sahaja mempunyai lesen 2023 daripada pihak berkuasa melesen," katanya.

Sehubungan itu, lapan tindakan sitaan diambil MPK mengikut UUK 3(1) PEM (MPK) 2007 (3), sitaan UUK 3 PTPP (MPK) 2007 (4) dan sitaan UUK 3(1) PKPK (MPK) 2007 (1).

Dua kompaun turut dikeluarkan di bawah UUK 3(1) PEM (MPK) 2007 dan di bawah UUK 3 PTPP (MK) 2007.

Sumber : Sinar Harian
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am