MENU

 

=alt"MPK peruntuk RM35 juta untuk projek pembaharuan, tingkat imej Klang"Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan bergambar bersama kumpulan Gender yang memenangi persembahan terbaik pada program Sesi Penglibatan Awam Dalam Penyediaan Bajet 2024 MPK di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 19 Ogos 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperuntukkan RM35 juta untuk projek rejuvenasi atau pembaharuan dan pembinaan fizikal di beberapa kawasan di Klang tahun depan.

Yang Dipertuanya berkata antara kawasan tersebut ialah pusat bandar Klang Utara, Kapar, Meru, Pelabuhan Klang, Tanjung Harapan, Klang Selatan dan Bandar Bukit Raja.

“Untuk projek di pusat bandar Klang Utara RM9.98 juta diperuntukkan antaranya bagi menaik taraf Pasar Jawa dan lorong di Jalan Pos Baru.

“Bagi Meru pula RM5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taman rekreasi, plaza landskap, bangunan, gerai makanan dan gerai buah-buahan,” kata Noraini Roslan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena program Sesi Penglibatan Awam Dalam Penyediaan Bajet 2024 MPK di KSL Esplanade Hotel, Klang semalam.

Hampir 200 orang daripada pelbagai latar belakang antaranya sektor industri kesihatan, pendidikan, pemaju dan lain-lain menyertai sesi tersebut.

Menurut Noraini bagi projek di Kapar pula RM1 juta diperuntukkan, Pelabuhan Klang (RM5 juta), Tanjung Harapan (RM2 juta), Klang Selatan (RM5 juta) dan Bandar Bukit Raja (RM7 juta).

“Matlamat rejuvenasi ini adalah untuk meningkatkan imej Klang yang bakal dinaik taraf sebagai bandar raya tidak lama lagi,” tambahnya.

 

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am