MENU

 

Nga Kor Ming (dua dari kanan) bersama Noraini Roslan

 

KLANG: Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dan meluluskan cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status bandaraya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, naik taraf MPK dilihat akan memperkasakan Klang sebagai sebuah bandaraya dan pelaburan berdaya saing di peringkat global.

“MPK juga akan menjadi faktor pertumbuhan ekonomi setempat dan peningkatan kualiti hidup rakyat serta daya saing negara,” katanya dalam Siaran Media MPK Dinaik Taraf Kepada Status Bandaraya.

Ujarnya lagi, KPKT melalui geran tahunan daripada Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM5 juta setahun kepada MPK dalam inisiatif membantu membiayai belanja mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“MPK telah menerima sejumlah RM5.722 juta bagi tahun 2020 hingga 2023 yang dibelanjakan melalui program pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi bagi menaik taraf hidup masyarakat.

Dalam pada itu, MPK juga telah menerima RM3.9 juta bagi tahun 2020 hingga 2023 bagi membaikpulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah atau sederhana rendah swasta.

Susulan itu, RM5 juta telah diperuntukkan melibatkan projek-projek menaik taraf Pasar dan Gerai di Pelabuhan Klang,Jalan Goh Hock Huat,laluan pejalan kaki dan basikal di Jambatan Kota, kerja-kerja membekal dan memasang lampu solar di sekitar Seri Kerayong, Taman Kerayong dan membina tandas awam di Pangkalan Batu, Klang dan lain-lain.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK Noraini Roslan berkata, persediaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu untuk dinaik taraf ke bandar raya bukan baharu sebaliknya ia bermula sejak 2006.

Sumber : SumberKini
Sila klik pautan di sini  

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am