MENU

 

alt="Klang bakal dinaik taraf sebagai Bandar Raya keempat di Selangor"

Klang akan menjadi bandar raya selepas kerajaan bersetuju dan meluluskan cadangan bagi menaik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status Majlis Bandaraya Klang, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.

Beliau berkata keputusan yang dicapai menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri itu bakal menyaksikan MPK sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) keempat berstatus bandar raya di Selangor selepas Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Penaiktarafan ini bermaksud Majlis Perbandaran Klang mempunyai kekuatan kewangan yang mampan untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkualiti serta bertaraf antarabangsa untuk meningkatkan daya huni dan kesejahteraan rakyat di Klang,” kata beliau.

Sejak ditubuhkan pada 1890, MPK kini telah memenuhi semua kriteria bagi mencapai status bandar raya pada usia 133 tahun. MPK berupaya menyediakan antaranya perkhidmatan yang cemerlang, kemudahan infrastruktur dan utiliti awam yang terbaik serta berkeupayaan membentuk jenama bandar raya yang unik serta berimejkan bandar warisan dan sejarah.

Majlis pemasyuran Klang sebagai bandaraya akan diumumkan sebaik mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Klang adalah antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia


alt="Klang bakal dinaik taraf sebagai Bandar Raya keempat di Selangor"


Bagi memastikan Klang sebagai sebuah bandar yang berdaya huni, MPK komited bagi memastikan Klang kekal sebagai bandar mampan dan bandar bahagia yang diukur melalui Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets).

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui geran tahunan daripada Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 5 juta setahun kepada MPK dalam inisiatif membantu membiayai belanja mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). MPK telah menerima sejumlah RM5.722 juta bagi tahun 2020 hingga 2023 yang dibelanjakan melalui program pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.



MPK juga telah menerima RM3.9 juta bagi tahun 2020 hingga 2022 melalui Program Pemberian Peruntukan Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) yang bertujuan membaikpulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah atau sederhana rendah swasta. Ia bertujuan bagi menyediakan persekitaran kediaman yang selesa dan berkualiti kepada penghuni perumahan berstrata.

Peruntukan RM5 juta bagi melaksanakan 21 projek penambahbaikan kemudahan awam sekitar PBT

Bersempena dengan Program Sentuhan Kasih KPKT di negeri Selangor, Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek-projek menaik taraf Pasar Pelabuhan Klang dan gerai-gerai di kawasan Pelabuhan Klang, Jalan Goh Hock Huat, laluan pejalan kaki dan basikal di Jambatan Kota, kerja-kerja membekal dan memasang lampu solar di sekitar kawasan Seri Kerayong, Taman Kerayong, membina tandas awam di Pangkalan Batu, Klang dan lain-lain.

Mewujudkan tandas bertaraf BMW - Bersih, Menawan dan Wangi



Kos sebanyak RM 580,000 akan diperuntukan untuk membina tandas awam moden yang dikenali sebagai “KIUb Public Toilet” di Pangkalan Batu. Konsep bangunan hijau ini akan mempunyai “universal design approach”, reka bentuk sejagat dan banyak lagi untuk kegunaan orang ramai.

Sehingga Julai 2023, KPKT telah meluluskan sebanyak RM23.3 juta peruntukan untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam kepada PBT – PBT di Selangor di bawah peruntukan BP.1 yang disalurkan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

KPKT berharap melalui kelulusan status bandaraya kepada MPK ini, kecemerlangan mutu perkhidmatan MPK dapat terus ditingkatkan dalam memastikan segala manfaat.

 

Sumber : MalaysiaKini
Sila klik pautan di sini  

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am