MENU

 

Sertai kami di Bazar Ramadan Lestari yang dianjurkan dibawah projek Selangor Maritime Gateway bersama dengan Majlis Perbandaran Klang dan SELDEA bermula dari 23 Mac 2023 hingga 23 April 2023 di Taman Awam Pangkalan Batu.

Bawa cawan, bekas makanan atau mangkuk tingkat serta beg anda sendiri; Ambil gambar menarik di ‘Photo Booth’, kongsikan di IG dengan hashtag #PlastikTakOnz dan #sayno2plastic untuk peluang memenangi hadiah menarik. Jangan lupa tag @selangor_maritime_gateway dan @zatashah di Instagram.

Kunjungilah bersama keluarga dan rakan-rakan, jangan lupa bawa alas duduk anda sendiri untuk menikmati juadah Buka Puasa di tepi sungai.

Mari kita jadikan Ramadan ini sebagai bulan yang penuh kasih sayang serta prihatin dalam memelihara dan memulihara Sungai Klang.

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am