Kursus Pembudayaan & Pematuhan Keselamatan ICT Siri 1 Tahun 2023 Majlis Perbandaran Klang
Kursus Pembudayaan & Pematuhan Keselamatan ICT Siri 1 tahun 2023 Majlis Perbandaran Klang anjuran Jabatan Teknologi Maklumat bertempat di Dewan Hamzah.
Pengarah Teknologi Maklumat, Puan Nor Hasyimah Tamziz hadir merasmikan dan menyertai program.
Pada program ini peserta telah diberi taklimat dan perkongsian ilmu oleh Encik Imran Mohd Nor, Penolong Pengarah National Cyber Coordination & Command Centre (NC4), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara dan Encik Mohd Hasnul Hadi Abdul Razak, Pengurus Kanan Syarikat Aswant Solution Sdn. Bhd.