Jelajah Kita Selangor Penyayang Daerah Klang
18hb Feb- Sekitar Program Jelajah #KitaSelangor Penyayang Daerah Klang 2023
YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari memulakan program dengan solat subuh di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek bersama penduduk.
Program diteruskan Dato' Seri bermotorsikal bersama jemaah masjid untuk bersarapan di warung D'Jogho bersama penduduk diiringi Pegawai Daerah Klang, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis, Puan TPr. Noraini bin Roslan.
Seterusnya singgah ke Pasar Rakyat di Pengkalan Nelayan Kampung Delek meninjau aktiviti perikanan tempatan.
YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Program Jelajah #KitaSelangor bertempat di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang.
Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik disediakan.