Perasmian Gelanggang Latihan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Majlis Perbandaran Klang.
Masa: 9.00 pagi
Tarikh: 11 Februari 2023
Tempat: Mini Auditorium , Jalan Tengku Kelana Klang.
Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Latihan Persatuan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, anjuran Kelab Sukan & Sosial Majlis Perbandaran Klang sempurna dirasmikan oleh En Zaireezal bin Ahmad Zainuddin, Presiden Kelab Sukan dan Sosial Majlis Perbandaran Klang.
Majlis juga menerima kunjungan hormat daripada Tok Guru Anuar Rahman (Tok Kelana) Yang Dipertua PSSPGM Selangor, Cikgu Huzairi dari Akademi Aura Assyifa, Kurator MPK, En Faizal bin Dato' Hj Surani dan Cikgu Firdaus Ismail, Pengerusi Majlis Gurulatih Selangor.
Majlis diserikan dengan persembahan silat daripada perguruan silat pusaka gayong gelanggang Puncak Perdana, diketuai oleh jurulatih Cikgu Razlan.
MPK menyambut baik penubuhan gelanggang latihan ini, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Majlis Perbandaran Klang untuk menghidupkan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
Kelab Sukan & Sosial Majlis Perbandaran Klang ingin membuka penyertaan kepada ahli-ahlinya untuk mengambil peluang menyertai aktiviti kebudayaan ini. Berbagai pengisian menarik berkenaan program budaya akan dirancang di samping mengembleng pembangunan sukan kepada warga MPK.
Syabas dan tahniah kepada seluruh AJK Kelab Sukan, guru-guru silat, serta semua yang terlibat.