MENU

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan (tengah) mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan pihak berkuasa tempatan itu di Dewan Raja Mahadi, Klang pada 22 Disember 2022. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

KLANG, 31 JAN: Prestasi hasil Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatat peningkatan sebanyak 109 peratus dengan jumlah RM282.4juta pada tahun lalu berbanding sasaran RM258.3juta.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata pencapaian itu sekali gus menunjukkan bahawa jumlah hasil pada tahun lalu terus meningkat berbanding 2021 iaitu RM257.4juta.

“Sehingga Disember 2022, jumlah hasil adalah sebanyak RM282.4juta iaitu pencapaian prestasi 109 peratus berbanding bajet tahunan berjumlah RM258.3juta.

“Secara perbandingan, jumlah hasil pada 31 Disember 2022 meningkat sebanyak RM24.8 juta atau 10 peratus berbanding jumlah hasil pada 31 Disember 2021 yang berjumlah RM257.4juta,” katanya pada Mesyuarat Majlis Bil 1/2023 MPK hari ini.

Sementara itu, Noraini memaklumkan bagi prestasi perbelanjaan pula, MPK mencatat RM246.6juta iaitu pencapaian prestasi 81 peratus berbanding bajet tahunan berjumlah RM305.1juta.

“Jumlah perbelanjaan setakat 31 Disember tahun lalu meningkat sebanyak RM7.3juta atau tiga peratus berbanding jumlah perbelanjaan pada 31 Disember 2021 iaitu berjumlah RM239.3juta,” katanya.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini 

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am