MAJLIS PERASMIAN AGM MALA DAN PENCAPAIAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
AGM MALA - Majlis Perasmian AGM MALA kali ke-20 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Pada Majlis tersebut turut disampaikan Penyampaian Hadiah Piala Inovasi Piala Menteri KPKT yang mana MPKlang telah menduduki tempat ke-12.
Selain itu, MPKlang telah dipilih dengan jumlah undian sebanyak 73 undi untuk mewakili PBT di Negeri Selangor dalam Jawatan Eksekutif MALA pada Mesyuarat Tahunan (AGM) MALA kali ke-20.
Bersempena dengan AGM MALA kali ini 2 Kejohanan Sukan telah dipertandingkan iaitu Sukan Tenpin Boling dan Sukan Golf.
SUKAN TENPIN
-Pasukan MPKlang telah berjaya menduduki di tempat ke-6 daripada 78 pasukan bertanding bagi sukan Tenpin Boling.
SUKAN GOLF
MPKlang melalui penyertaan Hj. Hasnor Harith telah memenangi acara bagi novelty dan En Megat Sharifudin yang merupakan Ahli Majlis MPK, berjaya menduduki tempat podium.
Tahniah kepada Kumpulan Inovasi dan Pasukan Sukan yang mewakili Majlis Perbandaran Klang, semoga usaha mengharumkan nama Mpk dan Klang dihargai dan ditambahbaik dimasa hadapan.
INOVASI BUDAYA CEMERLANG
Sumber : FB Majlis Perbandaran Klang
Sila klik pautan di sini