MENU

KLANG, 24 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan 37 lokasi dengan 1,859 petak di Bazar Juadah dan Jalan Taiping kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, bayaran dikenakan adalah RM150 bagi tapak yang tidak digunakan untuk pasar malam, manakala RM130 bagi tapak yang digunakan.

Katanya, tapak berkenaan dibuka mengikut siapa cepat dia dapat ekoran bilangan petak yang terhad.

“Selain Jalan Taiping, MPK turut membuka tapak baru di sekitar bawah Jambatan Kota bagi memenuhi permintaan tapak tinggi setiap tahun di samping menambah bilangan peniaga di sekitar kawasan itu.

“Bagi petak lain di sekitar Jalan Taiping, Jalan Nangka dan Jalan Taman, ia akan dibuka untuk bidaan,” katanya.

Katanya, petak bawah Jambatan Kota adalah RM865, manakala petak untuk bidaan bermula daripada RM3,500.

Peniaga yang berminat boleh meneliti syarat ditetapkan dan borang permohonan boleh didapati di kaunter permohonan lobi bangunan Ibu Pejabat MPK.

 

Sumber: Selangorkini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am