MENU

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini sedang mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Juadah dan Bazar Jalan Taiping sehingga 31 Mac depan.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, 37 lokasi dengan 1,859 petak disediakan dengan bayaran RM150 bagi tapak yang tidak digunakan untuk pasar malam dan RM130 dikenakan bagi tapak yang digunakan untuk pasar malam.

Katanya, selain Jalan Taiping, MPK turut membuka tapak baru di sekitar bawah Jambatan Kota bagi memenuhi permintaan tapak yang tinggi setiap tahun.

BAZAR RAMADAN

“Walaubagaimanapun tapak ini dibuka mengikut ‘First come first serve’ kerana bilangan petak yang terhad manakala petak-petak lain di sekitar Jalan Taiping, Jalan Nangka dan Jalan Taman dibuka untuk bidaan.

“Bagi petak di bawah Jambatan Kota (First come first serve) sebanyak RM865 manakala petak untuk bidaan (bermula daripada RM3,500) dan terbuka kepada semua petak,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata, peniaga berminat boleh meneliti syarat-syarat dan borang permohonan boleh diperolehi di kaunter permohonan yang terletak di Lobi Bangunan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang.

 

Sumber: Selangorkini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am