MENU

KLANG, 25 JAN: Bandar Klang bakal menganjurkan dua sambutan Tahun Baru Cina dan satu pesta Ponggal pada 3, 5 dan 11 Februari 2017.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) terlebih dahulu menganjurkan Majlis Mesra Gong Xi Fa Chai peringkat MPK yang berlangsung pada 3 Februari bertempat di Dewan Persatuan Hokkien, Klang.

Dua hari kemudian, pada 5 Februari, Kerajaan Selangor bakal Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, program itu bakal bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

“Majlis ini akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Sehubungan itu, orang awam dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK BIL.1/2017 di Hotel Aliya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Yasid memaklumkan Pesta Ponggal Peringkat Selangor turut dilangsungkan di Klang bertempat di Taman Sentosa.

Program tersebut bermula pada jam 4 petang hingga 11 malam dan bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am