MENU

KLANG, 25 OKT: Sistem pengurusan sisa pepejal di Klang diharap lebih baik dengan pemeteraian perjanjian antara Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bagi tempoh tujuh tahun.

Yang DiPertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, perjanjian dibuat setelah KDEBWM berjaya melangkaui cubaan dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Kos terlibat perjanjian ini sebanyak RM25 juta setahun dan kerja pembersihan dilaksanakan pada Mac tahun depan sehingga 2023.

14695390_1339112579452820_4839582307326554584_n

“Dengan pengambilalihan pengurusan sampah ini dapat mengatasi masalah sampah dan seterusnya menjadikan Klang sebagai bandar bersih.

“Bilangan aduan diterima semakin berkurang disamping masalah sampah dibangkit wakil rakyat juga berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Perkhidmatan Sisa Pepejal di Bilik Mesyuarat Raja Mahadi MPK, di sini, hari ini.

“Diharap termeterainya perjanjian ini mengikat kedua-dua pihak dengan cara berkesan dan teratur.

“Kita melihat inisiatif KDEBWM mengeluarkan lori baru lebih berteknologi dengan kelengkapan moden dan sistem Global Positioning System (GPS) memantau pergerakan lori,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, beliau bersama MPK sedia bekerjasama erat menyelesaikan masalah sampah.

“Kita juga selesai serahkan 53 lori kepada subkontraktor lantikan manakala tujuh buah baki lagi diserahkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am