MENU

KLANG, 29 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menembak mati 4,881 burung gagak dalam usaha menjaga kebersihan bandar itu dalam operasi bersepadu dijalankan di sini, semalam.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata operasi itu turut disertai 64 penembak berlesen sekitar Klang termasuk dari Perak dan Melaka berikutan najis gagak bertaburan dan dikhuatiri menyebabkan penyakit berbahaya selain mengotorkan kawasan bandar.

“Kumpulan gagak didapati mengotorkan rumah, premis perniagaan dan kenderaan di beberapa taman sekitar Klang berikutan jumlahnya yang banyak hingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

“Operasi ini salah satu langkah berkesan MPK mengurangkan bilangannya di kawasan berkenaan dan ia dilakukan selepas menerima banyak aduan daripada penduduk,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi seperti itu diadakan setiap tahun secara berterusan dengan yuran pendaftaran RM5 seorang di mana setiap seekor gagak berjaya ditembak, peserta akan diberi habuan sebanyak RM3.

-nR-

 

Sumber : https://selangorkini.my/2016/09/mpk-tembak-4881-gagak-elak-klang-tercemar/

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am