Stadium Hoki Pandamaran diiktiraf HIF

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 OGOS: Stadium Hoki Pandamaran, Klang berjaya memenuhi piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa ‘Federation International Hockey’ (HIF) sebagai stadium antarbangsa.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata antara sebab diiktiraf adalah kerja menaiktaraf padang apabila setelah HIF membuat kajian ia layak diiktiraf.

“Stadium ini berjaya mendapat sijil pengiktirafan HIF yang mana melayakkan ia digunakan untuk kejohanan peringkat nasional dan antarabangsa.

“Walaupun kita ada sedikit kekangan mengenai lampu yang perlu dinaik taraf untuk kegunaan di waktu malam, usaha penambahbaikan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya ketika sidang media Majlis Perasmian Stadium Hoki Pandamaran, Klang, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, kerja penyelenggaran yang perlu diutamakan supaya stadium itu dapat digunakan untuk jangka masa panjang.

Turut hadir dalam majlis perasmian Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan Daerah dan Ketua Jabatan MPK.

Oleh : SYASYA SUFIAN
Rujukan : https://selangorkini.my/?p=119785