Gender Responsive Program 2023
14hb Feb - Bengkel 'Gender Responsive and Perticipatory Budgeting (GRPB) Untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia telah diadakan mulai semalam selama 2 hari Bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).
YDP MPK, TPr. Hjh Noraini Roslan hadir bersama Pegawai dilantik 'GFT ' Pengarusperdanaan Gender MPK. Ucapan Aluan dibuat oleh Setiausaha Agung ULCG ASPAC, Dr. Bernadia Irawali Tjandradewi.
Taklimat Bengkel;-
1. " Lensa Gender PBT' dan GRPB - Model Pulau Pinang Berorientasikan Rakyat' disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Pn. Ong Bee Leng.
2. " Penginstitusan GRPB di PBT dan Perlaksanaan Projek I Peringkat Komuniti" oleh Ketua Bhg Keterangkuman Gender, PWDC, Cik Haziqah Nasirah Zol Bahari.
3. Sesi Perkongsian dari MBPP mengenai pengalaman MBPP dalam menjuarai GRPB oleh Peg. Tadbir Penyelaran Pembangunan MBPP, En. SyawalbAbul Haq Ahmad Jelani & Cabaran MBSP dalam menginstitusikan GRPB oleh Timb Pgrh Jbtn Perbendaharaan GRPB Pn Norshazila Alias.
Lawatan tapak ke Pusat Pembelajaran Komuniti, Jalan chow Kit , Kuala Lumpur Dan Program bersama Pengarah Eksekutif DBKL di Menara Kuala Lumpur.
Semoga Perkongsian ILMU Ini dimanfaatkan kepada warga Klang bagi tujuan membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera bersama ke arah Bandaraya Idaman.