Lawatan MPK Bersama Komuniti
04hb Feb - Satu Lawatan telah diaturkan oleh Jabatan Kemasyarakatan MPK ke Pangsapuri Angkat Komuniti Berdaya Majlis Bandaraya Subang Jaya (Pangsapuri Cempaka Belimbing, Sg. Besi).
Lawatan disertai beberapa Pegawai dari Jabatan Dalaman MPK, En. Abdul Razak Abdul Rashid, Ahli Majlis MPK dan 15 orang wakil JMB di sekitar daerah Klang bertujuan bagi berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan penyelarasan aktiviti dan pengurusan Program Pangsapuri Angkat Komuniti Berdaya B40 yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat MBSJ dalam usaha pihak MPK untuk menjadikan komuniti strata di daerah Klang sebagai kediaman komuniti yang selamat, sihat, kondusif dan bebas jenayah sekaligus menjamin keselsaaan tempat tinggal bersama.
Lawatan MPK telah disambut Ahli Majlis MBSJ MPP Zon 24, Encik Thamilarusu Sendayan dan Puan Norsafinas binti AB Hamid ,Penolong Pengarah
Bahagian Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyrakat, MBSJ.
Taklimat dan penerangan dari pihak pangsapuri pula telah disampaikan oleh wakil penduduk dan JMB diketuai oleh Pengerusi MC- En. Faiszi Ismail.
Program Pangsapuri Angkat Komuniti Berdaya MBSJ ini telah dilaksanakan oleh pihak MBSJ bermula pada tahun 2018 dan sehingga kini terdapat 44 pangsapuri strata yang telah terlibat di peringkat MBSJ.