DAULAT TUANKU
05 SEPT, PKCT - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat mencemar duli seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Port Klang Cruise Terminal (PKCT) di Pulau Indah, hari ini. Peristiwa bersejarah dan penuh bermakna ini menandakan bermulanya perkhidmatan pelayaran di Lembah Klang.
Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan berangkat ke majlis ini. Hadir sama, YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Haji Haris Kasim serta YDP MPK , TPr. Hjh Noraini Roslan. PKCT ialah usaha sama yang dimiliki oleh Klang Port Management Sdn Bhd, iaitu anak syarikat North port (Malaysia) Bhd dan Westports Malaysia Sdn Bhd yang juga merupakan pintu masuk utama untuk sektor maritim dan logistik Lembah Klang.
Kedudukan strategik Pelabuhan Klang di Asia Tenggara membuka ruang pasaran yang luas bagi sektor pelayaran Malaysia, tambahan pula Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan terbesar negara yang menjadi pilihan ramai dengan 40% daripadanya memilih Pelabuhan Klang sebagai tempat berlabuh.
Pengendali terminal dan para pemain industri yang berkaitan menerima kesan besar semasa pandemik COVID-19. Syukur, sejak 1 Julai 2022, PKCT telah menerima 32 kapal persiaran dengan 73,924 ketibaan penumpang di sini. Kemudahan infrastruktur dan pengendalian bertaraf dunia PKCT boleh memuatkan kapal sehingga 348 meter panjang dan 8,000 penumpang pada satu-satu masa. (INFO PKCT)
Usahasama Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besar, YAB Dato' Seri Amirudin Shari serta Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Selangor, YB Hee Loy Sian yang merealisasikan usaha sama ini yang turut memberi manfaat kepada industri pelancongan. Tidak lupa juga, Pengerusi MMC, Tan Sri Tajuddin Atan; Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh; Pengerusi Eksekutif Westport Holdings, Tan Sri G. Gnanalingam dan Pengerusi PKCT, Dato' Azman Shah Mohd Yusof Dan Pusat Khidmat Dun Pelabuhan Klang , Tn Azmizam Zaman Huri .
Majlis ini turut dihadiri tetamu kenamaan dari negara luar termasuk Pesuruhjaya Tinggi UK, TYT Charles Hay dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada, TYT Wayne Michell Robson serta Tourism Malaysia, Majlis Perbandaran Klang yang diwakili oleh Pengarah Perlesenan MPK, Datin Fadzilah Abd Aziz ,Pengarah Komunkasi Korporat MPK, Pn Norfiza Mahfiz dan JKR Selangor.