MENU

 

PROGRAM JELAJAH KLANG UTARA (Siri 2)

Satu Aktiviti 'Plogging' bakal diadakan pada 13/08/2022 disekitar kawasan bandar Klang bermula jam 7.30-10.30 pagi.

Program Anjuran AHLI MAJLIS MPK, Encik Low Kwee Sia bersama JCI Klang dan Majlis Perbandaran Klang akan menyediakan satu platform media sosial bagi memudahkan peserta untuk memuat turun gambar semasa melakukan aktiviti 10000 langkah atau 'jogging'.

Premis dikawasan tersebut dinasihatkan untuk membersihkan kawasan Perniagaan/permis mereka. Ini adalah kerana para peserta yang mengambil bahagian pada hari tersebut akan mengambil gambar di lokasi yang tidak bersih/rosak/berbau untuk dirakamkan. Serahan notis kepada pekedai/premis pemberitahuan aktiviti program plogging telah dibuat.

Jom sertai dan jadilah 'WARRIOR' bagi BANDAR DIRAJA KLANG supaya kekal sebagai sebuah Bandar Diraja Klang yang Sihat & Sejahtera.

Kami memerlukan penyertaan anda sebagai WARRIOR untuk membawa Klang ke arah bandar sihat dan Sejahtera.

Marilah sertai kami untuk acara yang begitu bermakna ini. Ayuh kita berganding bahu dan menyumbang untuk mewujudkan persekitaran Klang yang lebih bersih.

 

Tarikh: 13/08/2022 (Sabtu) 

Masa: 7 pagi-10:30 pagi

Tempat berkumpul: Bangunan Tabung Haji Klang (https://maps.app.goo.gl/ircT86Cf2crfRbnb7)

 

Yuran Pendaftaran: RM5.00 (termasuk sarapan pagi, t-shirt dan sijil)

Pautan pendaftaran : https://forms.gle/XSK3DW8aK37iviPx7

Untuk butiran lanjut sila hubungi :

Pengerusi Jawatankuasa Persediaan : Wan Yang (011-21280121)

Pengarah Tiket : Yiss Lee (016-6697559)

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am