MENU

Bantuan Selangor Bangkit

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 

1. Jenis Mangsa Banjir

- Berada di PPS
- Berada di PPS Swasta
- Tidak berpindah ke PPS

2. LOKASI PENDAFTARAN / PENYERAHAN BANTUAN
i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi
- Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12) 
- menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS
- Tidak perlu sediakan dokumen tambahan

ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah
- khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing

iii) Rumah ke Rumah
- bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2021
- Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah
- dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung. 
- Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE

iv) Dalam Talian (Online)
- Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan
- Bermula pertengahan Januari 2022
 
 
3. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (UNTUK MEREKA YANG TIDAK BERPINDAH KE PPS SAHAJA)
 
- Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC)
- Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
- TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis
 
4. JENIS BANTUAN SELANGOR BANGKIT
 
i) RM 10 RIBU
- Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor
- Setiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.
- Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir
 
ii) RM 1 RIBU
- Kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am