MENU

PLAN TINDAKAN BANDAR PINTAR MPK 2030

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Persekutuan, KPKT (PLANMalaysia) sedang dalam proses akhir penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Klang 2030 yang akan menjadi rujukan dan panduan utama kepada pihak Majlis dan pihak berkepentingan lain untuk membangunkan Klang ke arah Bandar Pintar.

Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci dan untuk memahami teknologi pintar yang pihak YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan telah sediakan serta pihak Majlis dan ingin meneroka lebih lanjut jika ia boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada penyelesaian dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Klang 2030.

Kami mengalu-alukan semua syarikat dan pengusaha industri berteknologi, atau mana-mana organisasi perniagaan termasuk ahli akademik yang menyediakan penyelesaian pintar merangkumi elemen dalam Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Mobiliti Pintar, Persekitaran Pintar, Komuniti/Rakyat Pintar, Kehidupan Pintar dan Infrastruktur Digital Pintar untuk turut serta dan memberikan pandangan ke arah perancangan bandar pintar yang lebih baik bagi mencapai visi Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Klang menjelang 2030.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis bersama-sama PLANMalaysia akan mengadakan satu Sesi Libat Urus Draf Akhir Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Klang 2030, dan menjemput pihak YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk turut serta dalam sesi tersebut.

Sila daftar kehadiran anda di:

https://forms.gle/iAXXaCaPfjumPdtHA

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am