MENU

Soal Selidik Pandangan Awam.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Klang 2030 sebagai aspirasi untuk mempersiapkan MPK dalam pengurusan perbandaran pintar yang cekap dan memperkasakan warga Klang ke arah transformasi bandar pintar (people centric smart city).

Melalui pelan tindakan ini, ianya akan menjadi rujukan dan panduan kepada pihak MPK, agensi-agensi Daerah Klang dan Negeri Selangor serta pihak berkepentingan (Stakeholders) di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar ke arah mencapai visi Klang Bandar Pintar menjelang 2030.

Kajiselidik ini dibuka bermula pada 28 November dan akan berakhir pada 31 Disember 2022. Untuk memberi pandangan dan maklumbalas, borang soal selidik atas talian boleh diperolehi melalui pautan https://arcg.is/08innT1

#kajianawam #klangsihatsejahtera
#bandarpintar

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am